Monday, December 10, 2012

Sistem Dropship

Kami amat mengalu-alukan jika anda berminat untuk menjadi agent dropship kami untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Apa itu dropship?

Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri. 

Bagaimana Dropship Berfungsi



Dropship berfungsi sangat mudah:

1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!




Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!
Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.
Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!
Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya sempurna.


Jika berminat, anda boleh menghubungi kami melalui email ini : ashcollections_92@yahoo.com

* Tiada bayaran atau modal diperlukan, anda hanya perlu mengambil pesanan bagi pihak kami
* Kami akan mengurus segala penghantaran
* Kami akan memberikan harga untuk agent dan market price, agent boleh mark up harga bergantung seberapa banyak keuntungan yang anda mahu.

Jika berminat, sila isi borang di bawah :




No comments:

Post a Comment